Pages

Wednesday 19 September 2018

Hisap rokok 5 batang sehari, kini hidap kanser mulut pada usia 24 tahun


Sumber: Terengganu Viral




Muhammad Faid mula merokok ketika berusia 17 tahun dan menghisap lima batang rokok setiap hari bersama rakan-rakannya.

Dia baharu sahaja berusia 24 tahun dan salah seorang pesakit muda yang disahkan menghidap kanser mulut.

Dia kini menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Walaupun punca kanser itu tidak diketahui, doktor berkata kebanyakan pesakit kanser mulut terdiri daripada perokok.

Muhammad Faid yang juga pelajar tahun tiga jurusan pendidikan di sebuah universiti berkata pada awalnya dia mengalami masalah ulser di lidah kirinya.

Namun dia tidak mengendahkannya kerana ia tidak begitu menyakitkan.

Ibunya yang hanya mahu dikenali sebagai Anita, 52, berkata luka yang muncul awal tahun lalu tidak hilang begitu sahaja.

Pada November, hasil ujian biopsi mendapati ia adalah kanser.

Anita berkata, antara November dan Mei lalu, Muhammad Faid mengalami pendarahan sebanyak empat kali dan terdapat rongga dalam lidahnya.

Kanser itu masih di Tahap I dan II pada Februari tetapi pada Mei ia sudah di Tahap III.