Pages

Sunday 13 February 2011

Rasional Pendidikan Pencegahan Dadah

Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi lebih genting disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini meyebabkan murid kita sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program Pencegahan Dadah di sekolah secara sistematik dan berkesan.

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran.

”Sekolah Bebas Dadah 2012”

Mandat

Mandat adalah apa yang disuruh atau diarah oleh pihak yang bertanggungjawab dan “stakeholder”.

Mandat juga merupakan tauliah atau punca kuasa kepada organisasi dalam membuat keputusan dan menjalankan sesuatu tindakan. Mandat yang menjadi rujukan pendidikan pada hari ini ialah Akta Pendidikan. Surat Perkeliling dan Perkeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam. Berikut adalah beberapa contoh mandat yang berkuatkuasa dan perlu dipatuhi oleh pihak sekolah dalam membina strategi dan menjalankan tugasnya.
  1. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 3 / 2004 - Memperkasakan Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah
  2. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 6 / 2006-Menangani masalah kesihatan.
  3. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 2 / 1979-Laporan murid-murid dalam keadaan risiko Penyalahgunaan Dadah yang memerlukan pertolongan.
  4. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 8 / 1986-Penyalahgunaan inhalan
  5. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 4 / 1997-Hukuman ke atas murid menghisap rokok.
  6. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 3 / 2004-Langkah-langkah keberkesanan Disiplin Sekolah.
  7. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1 / 1995-Program Mencegah dan Membasmi kegiatan penagih dadah di agensi kerajaan.
  8. Surat Pekeliling Perkhidmatan bil 310 / 1984-Peraturan dan tindakan ke atas pegawai dan kakitangan kerajaan yang terlibat dengan penagihan dadah.
  9. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 8 / 1983-Mengenakan hukuman biasa murid-murid yang melakukan perbuatan salahlaku yang tidak dinyatakan dalam peraturan pelajaran.
  10. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1 / 1983-Garis panduan kempen anti merokok di sekolah.
  11. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 7 / 1995-Petikan dari akta dadah berbahaya.
  12. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 7 / 1975-Garis panduan untuk mengenai / mengecam orang yang menggunakan atau menyalahgunakan dadah.
  13. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 6A / 1975-Disiplin murid-murid menghisap rokok

Latar Belakang PPDa

Pada 8hb Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan ”Dadah Musuh Utama Negara”.


Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ini ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.


Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan, Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah.

Matlamat PPDa

MATLAMAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH(PPDa)

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran ”Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012” PPDa SECARA AM

Visi dan Misi

VISI

Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012


MISI

Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang mantap dan berkesan dalam memastikan sekolah bebas dari dadah